Miss Nurul Farida

A page that actually prepared for my students wen i was teaching in terengganu. but now i make it as a formal page for IPD notes which later will be compiled as a folio.

Tuesday, July 04, 2006

TAOISME & CONFUCIUSNISME

TAOISME

ü Taoisme adalah ajaran tradisi org China. Ianya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Diasaskan oleh Lao Tze seorang ahli falsafah kuno yang hidup pada abad ke 5. Beliau hidup sezaman dengan Confucius. Perbezaan antara keduanya adalah ajaran Confucius lebih sederhana dan jelas sifatnya.

ü Ini kerana ajaran Lao tertumpu kepada konsep Tao @ jalan. Tao adalah sesuatu yg unggul, maha besar dan agung. Tao mencipta makhluk dan Segala isi alam serta memusnahkannya. Taoisme juga mementingkan keserasian secara berpasangan. Pasangan yg saling bertentangan dikenali sebagai Yin & Yang. Yang mewakili unsure positif dan Yin mewakili unsure negative dan pasif seperti lemah, dingin serta mempunyai keinginan tidak terkawal.

ü Terdapat 3 kategori dlm ajaran Taoisme:
1. Unsur magik (Tao Keh King)
2. menzahirkan kekuatan batiniah atau dalaman (Te)
3. falsafah hidup (Wu Wei)

CONFUCIUSNISME

ü diasaskan oleh Kung Fu Tze yg dilahirkan pada 551 S.M.
ü merupakan ajran tentang moral
ü ianya bukan agama ttp merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku
ü menekankan kepentingan kehidupan sosial di mana institusi keluarga menjadi asanya.
ü Prisip asas ajaran ini ialah ttg akhlak baik, budi pekerti yg tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sbg seorang manusia.
ü Banyak menekankan kepentingan kehidupan duniawi berbanding selepas kematian.
ü Pemujaan dan pengabdian dilakukan terhadap nenek moyang utk mendapat restu dan keberkatan.
ü Golongan tua dan nenek moyang mempunyai darjat yg tinggi dalam keluarga dan masyarakat.

Berikut adalah merupakan ajaran-ajaran dalam Confucius:

1. Konsep langit & bumi.
§ Langit mejadi tempat kediaman nenek moyang. Pemerintah langit dikenali sbg Shang Ti.
§ Bumi dilindungi oleh langit yg menguasai, mengawal dan memberi rahmat kepada kesejahteraan kehidupan di bumi.
§ Darjat penghuni langit lebih tinggi dari bumi. Oleh itu, penduduk di bumi melakukan perngorbanan, pemujaan dan sajian kpd langit.
§ Oleh itu, kehidupan org cina byk dipengaruhi oleh fenomena alam spt kejadian petir, gempa bumi. Cth. Org yg ckp bohong, akan dipanah petir.
§ Berbeza dgn ajaran tradisi, Confucius meletakkan kepentingan bumi mengatasi kepentingan langit.

2. Konsep Jen @ Kemanusiaan
§ Seseorang itu berperikemanusiaan yg tinggi apabila melakukan kebajikan dan kebaikan sesama manusia.
§ Mereka yg mempunyai Jen tidak mementingkan diri dan sanggup melakukan pengorbanan utk memenuhi tuntutan Jen.
§ Jen dpt meneutralkan hawa nafsum keinginan dan kehendak manusia yg tidak terbatas.
§ Jen juga mengurangkan persaingan, rasa cemburu dan permusuhan.

3. Konsep Chun Tze @ Keperibadian agung
§ Manusia agung m’punyai sifat Chun Tze. Hanya dgn peribadi agung, manusia dpt hidup berkasih syg, memahami, pragmatic & bersikap sederhana.
§ Mereka tak mudah berputus asa & tidak bongkak atau sombong.
§ Sifat Chun Tze adalah merendah diri, fikiran terbuka, tidak angkuh, tidak byk cakap dan mempunyai harga diri.
§ Chun Tze melahirkan manusia yg berakhlak, tiada persengketaan dan peperangan, kekuasaan dan kedudukan.

4. Li @ keserasian
§ Kung Fu Tze menganjurkan pengikutnya belajar drpd org yg berpengalaman spt teladan drpd ilmuan.
§ Jd nilai2 yg baik perlu dicontohi krn ia serasi & sesuai dgn sifat semulajadi manusia.
§ Cth. Pemberian nama kpd anak yg baru dilahirkan haruslah sesuai dgn peribadi & personaliti anak tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home