Miss Nurul Farida

A page that actually prepared for my students wen i was teaching in terengganu. but now i make it as a formal page for IPD notes which later will be compiled as a folio.

Monday, June 26, 2006

CEDN 0013 PENDIDIKAN MORAL

BAB 1

KONSEP ASAS ETIKA

PENGENALAN
1. Menjelaskan mengenai definisi etika, moral, nilai dan akhlak.
2. Menerangkan tentang perbezaan dan persamaan asas nilai.
3. Menerangkan tentang pembahagian etika.

DEFINISI ETIKA
1. Perkataan etika berasal dari Bahasa Yunani iaiatu ‘Ethes’ atau “Ethos’yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup manusia.
2. Ia juga ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral.
3. Ia menentukan sama ada tindakan yang dilakukan itu baik atau buruk.
4. Ia juga melibatkan satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang. Contoh: kod etika perguruan, guaman, perubatan dsb.

Kesimpulan: Etika merupakan salah satu cabang ilmu falsafah yang membahasakan dan mengkaji tingkah laku manusia yang merangkumi perlakuan manusia.

KONSEP ASAS NILAI
1. Nilai- sesuatu benda atau perkara yang boleh di lihat dari segi harga yang boleh dikira dengan arimetrik dan kualaiti yang intrinsik (pemikiran kita).
2. Nilai dalam adat sesuatu masyarakat bukan hanya merangkumi cara-cara tindakan bertabiat tetapi juga cara-cara yang telah disahkan oleh kumpulan manusia.
3. Nilai memberi kesan terhadap personaliti seseorang.

4. Fungsi-fungsi nilai:
Ø Sebagai satu piawai yang konsisten dan kukuhbagi seseorang individu/ masyarakat supaya tindakan yang dilakukan agen moral dan pengkritik moral.
Ø Sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduanuntuk menyelesaikan konflik moral.
Ø Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat.


PEMBAHAGIAN ETIKA
1) ETIKA DESKRIPTIF
1. Suatu disiplin yang membincangkan sejarah sistem moral. Contoh: etika Kristian, Buddha, Islam, Yahudi dsb.
2. Ia tidak akan membuat penilaian dan pengadilan serta keputusan terhadap sistem moral tersebut.
3. Ia juga berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai-nilai moral atau kewajipan.


2) ETIKA NORMATIF
1. Ia menilai dan mengkritik serta membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada.
2. Ia juga mengemukakan sistem moral yang standard dengan berpandukan kepada sistem moral yang ada.
3. Etika normatif juga boleh berbentuk arahan atau perintah. Contoh: Ibu bapa haruslah dihormati.
4. Akhlak : keadaan kejiwaan yang membentuk tingkah laku manusia.
5. Moral : kualiti perbuatan manusia yang dapat mengaitkan perbuatan itu baik atau buruk.


PERBEZAAN ASAS NILAI

Antara teori dan praktikal
Etika: teori tentang perlakuan manusia
Moral: praktikal yang diamalkan samada baik atau buruk

Antara umum dan khusus
Etika: mengkaji secara terperinci tentang tingkahlaku
Moral: menyentuh perkara umum tentang tingkahlaku manusia

KEPENTINGAN ILMU ETIKA, NILAI DAN MORAL
- Pemupukan nilai-nilai moral yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam yang pelbagai kaum
- Dapat mengembangkan daya pemikiran, emosi dan penggunaan pancaindera kea rah pembentukan peribadi yang mulia
- Tanpanya manusia akan jadi kucar-kacir

0 Comments:

Post a Comment

<< Home