Miss Nurul Farida

A page that actually prepared for my students wen i was teaching in terengganu. but now i make it as a formal page for IPD notes which later will be compiled as a folio.

Sunday, June 25, 2006

CEDN 0013 PENDIDIKAN MORAL

BAB 5

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

AGAMA KRISTIAN
- pengasasnya ialah Jesus Christ
- penganut Kristian percaya bahawa Jesus adalah penyelamat dan menerima wahyu daripada Tuhan
- kitab suci Kristian dipanggil Bible

Kehidupan dalam ajaran Jesus diterangkan dalam 4 Gospel (berita baik):


i) Gospel Mark – memberi jawapan kepada soalan ‘siapakah Jesus’ dengan menerangkan riwayat hidupnya, khutbahnya hingga disalib dan dibangkitkan semula pada hari ketiga dan dinaikkan ke syurga.

ii) Gospel Matthew – memberikan salasilah

iii) Gospel Luke – menerangkan riwayat hidup Jesus

iv) Gospel John – Tidak menerangkan riwayat hidup Jesus tetapi bermula dengan misi John Baptist

Ajaran Kristian berpusat pada 4 tema utama iaitu:
i) kemuliaan Tuhan
ii) imej Christ
iii) rohaniah Tuhan
iv) kehidupan abadi

Rukun dalam ajaran Kristian:
i) cintai Tuhan dengan sepenuh hati, jiwa raga dan minda
ii) cintai jiranmu seperti kamu menyintai diri sendiri

Kehidupan beretika 10 commandments (10 rukun)
1) satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita
2) jangan menyembah berhala dalam apa jua bentuk
3) jangan salah guna nama Tuhan
4) hormati hari Sabbath dengan memuliakannya
5) hormati ibu bapa
6) jangan membunuh
7) jangan berzina
8) jangan mencuri
9) jangan memberi keterangan palsu
10) jangan mengingini isteri atau harta benda jiran

Mazhab Kristian yang terdapat di Malaysia
a) Roman Catholic
b) Anglican
c) Presbyterian
d) Methodist
e) Evangelical Lutheran
f) Mat Thoma
g) Assemblies of God
h) Baptist
i) Lutheran
j) Evangelical Free
i) Latter Rain

Perayaan Krismas ialah sempena mengingati kebangkitan semula Jesus Christ. Pada hari itu umat Kristian diingatkan Jesus turun ke dunia dalam rupa manusia sebagai penyelamat dunia untuk menyelamatkan manusia dari lembah dosa.


AGAMA ISLAM
Agama Islam diasaskan di atas 5 rukun:
i) mengucap 2 kalimah syahadah
ii) sembahyang 5 waktu
iii) puasa di bulan Ramadhan
iv) mengeluarkan zakat
v) menunaikan haji bagi yg mampu

Rukun Iman:

i) beriman kepada Allah SWT
ii) beriman kepada malaikat
iii) beriman kepada kitab
iv) beriman kepada rasul
v) beriman kepada hari kiamat
vi) beriman kepada qada’ dan qadar

AGAMA SIKH
- pertemuan antara agama Islam dan Hindu di India utara merupakan satu tradisi Sikhisme.
- Persamaan ini dijelaskan oleh Guru (Nanak) iaitu guru pertama dalam agama Sikh
- Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan tuhan tetapi seorang yg menunjukkan kepada orang ramai jalan kea rah kebenaran dan kesejahteraan.

Terdapat 9 guru dalam agama Sikh. Ajaran guru2 ini terdapat dalam kitab Adi Granth atau Sri Guru Granth sahib.

Kitab Adi Granth ditulis dalam bentuk puisi dan mengandungi ajaran etika dan kerohanian. Ia boleh diringkaskan kepada:
i) keperluan memajukan manusia
ii) hubungan sesame manusia yang sepatutnya
iii) keselarasan dengan roh yg merupakan matlamat paling tinggi yg patut dicapai.



Khand adalah penyempurnaan swadiri yg melibatkan aspek berikut:
i) Dharam Khand
ii) Gian Khand
iii) Saram Khand
iv) Karam Khand

BUDDHISME
- diasaskan oleh Siddharta Gautama di Kapilavastu, India.

3 asas utama dalam ajaran Buddha
i) jalan tengah
ii) 8 jalan
iii) 4 kebenaran yang agung

1. prinsip pertama – menyeru para pengikut hidup secara sederhana & tidak melampau dalam mengatur langkah hidup kerana hidup mengikut hawa nafsu punca hidup manusia menderita

2. prinsip kedua – utk mencapainya, manusia harus menempuh 8 jenis jalan iaitu pandangan yang benar, ucapan yg benar, kelakuan yg benar, mati yang benar, cara hidup yg benar, usaha yg benar, fikiran yg benar dan meditasi yg benar

3. prinsip ketiga – iaitu penderitaan, asal-usul penderitaan, penghapusan penderitaan dan cara menghapuskan penderitaan adalah dengan mengawal hawa nafsu.


Aliran ajaran Buddha:
i) Theravada – Thailand, Myanmar, Kemboja, Sri Lanka
ii) Tantrayana – Tibet, Mongolia

Terdapat 2 mazhab dalam aliran ajaran Buddha:
i) Hinayana
ii) Mahayana

Pemujaan yg dilakukan ke atas Buddha berbeza daripada kaum lain kerana pemujaan itu banyak dipengaruhi nilai2 tradisiajaran agama yg lain seperti Taoisme, Confucius. Ini menjadikan pegangan orang Cina terhadap Buddha agak longgar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home